HAMYBON ENTERPRISE

HAMYBON ENTERPRISE (00918076-W)
DEBON BIN BODOD (000523196-T)

Saturday, April 4, 2015

Tertipu, Ditipu dan Menipu

Maaf tajuk agak gah. Tapi saya ingin berkongsi sedikit tentang hebatnya dugaan dunia lori ni.


pic kredit to mr google


Kami mula bertapak dunia lori dan pemindahan barang sejak 30 tahun lepas. Semasa tu lori belum banyak bertapak seperti sekarang. Sekarang bagaikan cendawan muncul selepas hujan. Pelbagai kerenah pelanggan dan birokrasi kami alami. Antaranya:

Sewa pemindahan ketika bulan puasa. Management kondo tempat penyewa menginap menetapkan yang penyewa perlu meletakkan deposit pemindahan barang. Penyewa lori tidak tahu katanya (tahu tapi pura-pura tidak tahu). Beliau meminta  pemandu lori (tidak berpengalaman) meletakkan deposit. Pemandu itu meletakkan deposit kerana mahu melicinkan pemindahan. Kerja selesai malangnya masa menerima wang, penyewa katakan tiada duit. Minta berhutang. Namun sampai sekarang belum diterima sebarang pembayaran.   

Pemindahan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Tidak mahu pekerja kerana penyewa boleh menurunkan barang (rumahnya tingkat 4). Mahukan lori 1 tan. Yang ada dirumah hanyalah ibu tua yang sakit jantung. Disebabkan menunggu terlalu lama maka pemandu lori menurunkan perlahan-lahan barangnya dengan harapan penyewa akan memunculkan diri. Malangnya barang sudah diturunkan barulah penyewa muncul. Beliau mengikut sekali dengan lori. Minyak dan tol ditanggung olehnya. Malang sekali lagi di Pulau Pinang juga menghilangkan diri semula dengan alasan mahu mengeluarkan wang. Barang siap diangkat ke rumahnya ditingkat 3 beliau tidak muncul. Akhirnya driver-driver (ada lori 3 tan juga dipanggil) pulang dengan tangan kosong. Sampai sekarang hutang masih belum dijelaskan
Pemindahan barang dan motorsikal ke Kota Bharu. Dalam hal ini kami akui kecuaian kami apabila motorsikal penyewa tidak boleh dibawa sekali dalam proses berpindah. Admin terlupa meminta salinan geran motorsikal penyewa. Andai kami membawa motorsikal itu kami akan dihukum membawa motorsikal curi. Oleh itu kecuaian admin itu dijadikan pengajaran dilain hari. Maaf kepada penyewa kerana kecuaian ini.

Seandainya ingin berpindah, apa kata senaraikan dengan telus barang-barang besar yang akan dipindahkan. Contoh ada 30 kotak besar kotak pampers, partition, meja mesyuarat, peti ais, meja-meja pejabat dan lain-lain. Seringkali kata-kata
'dik, barang sikit je. Muat lori 1 tan' Kotak-kotak kecil ada 10, 2 buah meja dan satu almari 1 pintu .
Ok deal harganya sebanyak ini termasuk pekerja. Tapi bila sampai barangnya melebihi 3 tan atau 5 tan. Mana tak kami charge lebih. Konsep charge lebih disini ialah trip lori. Berapa kali lori tu bergerak. Kalau lima kali trip? Kena darab la sendiri ya.
  
Sewa tak jadi. Ini seringkali terjadi. Sebab itulah saya kurang mengambil barang pindah dari luar Kuala Lumpur ke Kuala Lumpur. Sedang elok pemandu lori bertolak ke tempat pemindahan (contoh di Johor Bharu). Lori sudah sampai di Melaka, sewa tak jadi. Akhirnya pemandu pulang dengan tangan kosong. Dalam hal ni, kos minyak, tol dan gaji pekerja juga perlu diambil kira. 

Tujuan post ini bukanlah mahu mengutuk pelanggan-pelanggan semua tapi ingin meminta belas kasihan penyewa dan bakal penyewa kami agar tidak melakukan perkara seperti diatas. Gaji pekerja dan tol perlu dibayar, minyak perlu diisi dan penyelengaraan lori juga perlu dibuat setiap bulan. Kami bekerja ikhlas dan percayakan pelanggan kami dan kami harap anda pun sama ikhlas dan percayakan perkhidmatan kami


Untuk yang berminat menggunakan perkhidmatan kami

017-2103602 Izza
(Call/SMS/WhatApps)

019-3337620 Izat
(Call/SMS/WhatApps) 

Email
izza_dude06@yahoo.com untuk sebarang sebutharga

1 comment:

  1. salam ..nak Tanya Lori 3 tan cukup tak angkut barang,, tilam size king 2 .. peti sejuk meja solek BRG dapo .. Dari kl ke jb brpe yea.. termasuk upah angkat 2 org dgn tol skli

    ReplyDelete