HAMYBON ENTERPRISE

HAMYBON ENTERPRISE (00918076-W)
DEBON BIN BODOD (000523196-T)

Thursday, November 26, 2015

Testimonial Customer

Terima kasih kepada blogger ni kerana memuji perkhidmatan kami. Kami akan berusaha menaik mutu perkhidmatan lori kami dimasa akan datang.


Arakian pada suatu hari, aku diarahkan pindah rumah, kerana tuan rumah nak jual rumah dia. So bermula aktiviti nomad aku sekali lagi, setelah 5 tahun menomadkan diri dari satu daerah ke satu daerah di bandar Metropolitan Kuala Lumpur ni. Setelah gigih mencari kotak di lorong2 gelap, dan mengepack semua barang2, tinggal lah satu lagi cabaran iaitu mendapatkan Lori Sewa! Ya, kalaulah kereta aku ni setaraf Hilux 4WD memang aku gigihkan lagi mengangkut ulang alik barang-barang aku secara sendirian berhad. Tapi malangnya keretaku hanyalah Bumbleebee celup MyVi.

Disebabkan aku yang agak kedekut piang, aku mengaktifkan mode pencarian Lori Sewa termurah. Boleh dikatakan range Lori Sewa kat KL ni, di antara RM230 - RM350 kalau pindah within KL (Lori+2 orang pekerja).

Setelah berhempas pulas, akhirnya aku jumpa dengan satu Lori Sewa yang menepati piawaian dompetku. :Drum Roll: Memperkenalkan Perkhidmatan Lori Sewa Hamybon Enterprise! :Drum Roll:. Harga yang diquote pada aku asalnya RM270 (Lori 1 tan + 2 orang pekerja). Tapi disebabkan skill nego aku yg agak superb (superb lah sgt), berjaya diturunkan kepada RM250. Tapi ofcourse lah lepas aku diinterview dulu oleh Tokei Lori, barang banyak mana, rumah dari mana ke mana, flat ke, teres ke, banglo ke, pangsapuri ke, setinggan ke.

untuk baca kisah lanjut click link awang hafiz disini..