HAMYBON ENTERPRISE

HAMYBON ENTERPRISE (00918076-W)
DEBON BIN BODOD (000523196-T)

Wednesday, May 23, 2018

Perginya salah seorang pekerja kami

Hamybon Enterprise mempunyai berbagai bangsa pekerja am. Ada Iban, ada Kadazan, ada India, ada Melayu dan ada Cina. Kami bayar pada harga yang sama untuk setiap titik peluh yang dititiskan. Takde sebarang dikriminasi. 

Kebanyakkan mereka adalah golongan gelandangan. Yang mencari rezeki dengan menjadi pemandu lori atau pekerja kami. Ada yang hidup keseorangan dan ada juga yang sudah berkeluarga atau memang sukakan kehidupan sebegitu. Ada yang kais pagi makan pagi dan ada juga mewah (yang tu kami tak mahu kongsi). Yang pasti sebelum peluh dibadan mereka kering, kami sudah bagi gaji kerja pada mereka. Jadilah untuk mereka meneruskan kesinabungan hidup hari demi hari, bulan demi bulan..

Pada Mac lalu, perginya pemandu lori lapan tan kami. Seorang berbangsa Cina yang sangat setia.  Semasa hidupnya bakti dicurahkan memandu lori-lori kami, tidak berkira tentang kerja, dan paling penting mendiang sangat amanah bila melibatkan wang.  Urusan terakhirnya telah kami sempurnakan. Gaji akhirnya telah kami lunaskan. Alhamdulillah. 

Kita semua di dalam media sosial ini mungkin dah biasa hidup senang. Petik jari dah tentu dapat. Keluarga pula dari orang baik baik. Tempat tinggal selesa. Ibadah pun senang sahaja dilakukan. Rezeki pula melimpah ruah. Namun ada juga dikalangan kita masih struggle mencari wang ringgit dan salah satunya pekerja-pekerja saya. Ketahuilah mereka orang orang gelandangan ini masih ada harga diri. Mereka juga manusia walaupun mereka ada sisi gelap mereka. Janganlah kita memandang mereka dengan pandangan yang hina. Mereka mungkin ALLAH SWT uji dengan susahnya dan payahnya mencari duit demi sesuap nasi. Mereka juga tidak boleh dibiasakan meminta minta. Kami beri mereka pekerjaan yang bersesuaian sebagai tangungjawab fardhu kifayah.

Ibarat pepatah Cina, jadilah seperti teratai di atas tasik yang berlumpur. Bunga teratai dengan bentuk dan warnanya adalah salah satu bunga yang dapat memikat hati siapapun yang melihatnya, ia mengembang diatas air cantik menawan. Namun kecantikannya tidak dipengaruhi oleh lingkungannya. yang dipenuhi air yang keruh, berlumpur. Kita berhak memilih jalan kita. Mencorakkan warna kehidupan kita sama ada terus hitam, kekal putih atau pun dari hitam ke warna lebih pudar. 

Sekadar perkongsian dari Hamybon Enterprise 
Salam Ramadhan

gambar sumber google

Monday, April 2, 2018

Pemindahan rumah, pejabat, kilang, barang perseorangan dan lain-lain

Kami menawarkan
1)Perkhidmatan Lori (Pengangkutan dan pemindahan)
1 X 1 tan
1 X 3 tan
1 X 8 tan

2)Pembungkusan barang pindah

3)Pekerja Am

Lori 1 tan, 3 tan, 5 tan dan 8 tan
019-333 7620- call
017-210 3602 - Izza (call/SMS)
Sesiapa yang memerlukan sebutharga untuk perkhidmatan kami, bolehlah menghubungi kami