HAMYBON ENTERPRISE

HAMYBON ENTERPRISE (00918076-W)
DEBON BIN BODOD (000523196-T)

Thursday, November 26, 2015

Testimonial Customer

Terima kasih kepada blogger ni kerana memuji perkhidmatan kami. Kami akan berusaha menaik mutu perkhidmatan lori kami dimasa akan datang.


Arakian pada suatu hari, aku diarahkan pindah rumah, kerana tuan rumah nak jual rumah dia. So bermula aktiviti nomad aku sekali lagi, setelah 5 tahun menomadkan diri dari satu daerah ke satu daerah di bandar Metropolitan Kuala Lumpur ni. Setelah gigih mencari kotak di lorong2 gelap, dan mengepack semua barang2, tinggal lah satu lagi cabaran iaitu mendapatkan Lori Sewa! Ya, kalaulah kereta aku ni setaraf Hilux 4WD memang aku gigihkan lagi mengangkut ulang alik barang-barang aku secara sendirian berhad. Tapi malangnya keretaku hanyalah Bumbleebee celup MyVi.

Disebabkan aku yang agak kedekut piang, aku mengaktifkan mode pencarian Lori Sewa termurah. Boleh dikatakan range Lori Sewa kat KL ni, di antara RM230 - RM350 kalau pindah within KL (Lori+2 orang pekerja).

Setelah berhempas pulas, akhirnya aku jumpa dengan satu Lori Sewa yang menepati piawaian dompetku. :Drum Roll: Memperkenalkan Perkhidmatan Lori Sewa Hamybon Enterprise! :Drum Roll:. Harga yang diquote pada aku asalnya RM270 (Lori 1 tan + 2 orang pekerja). Tapi disebabkan skill nego aku yg agak superb (superb lah sgt), berjaya diturunkan kepada RM250. Tapi ofcourse lah lepas aku diinterview dulu oleh Tokei Lori, barang banyak mana, rumah dari mana ke mana, flat ke, teres ke, banglo ke, pangsapuri ke, setinggan ke.

untuk baca kisah lanjut click link awang hafiz disini..



Tuesday, November 24, 2015

Sireh Pulang Ke Ganggang

Alhamdulillah

Tersenyum lebar kami apabila peminjam lori kami memulangkan lori 8 tan kami kembali. Hampir 8 tahun ia berada ditangan peminjam akhirnya pulang ke tangan pemilik asal.

Perbagai kerosakan perlu kami perbaiki akhirnya ia sudah boleh digunakan semula. Hampir berbulan-bulan kami berhempas pulas memperbaiki semuanya. Dari sekecil-kecil kerosakan sehinggalah sebesar-besar kerosakan..

 




Melepasi ujian Puspakom dan JPJ merupakan cabaran terbesar kami, kemuadian  perlukan insuran, roadtax. Dan paling penting ia sudah cantik dimata kami, dimata yang melihat kewujudannya sejak 25 tahun lalu.

 Jadi sesiapa yang mahu menggunakan khidmat lori 8 tan, kami sudah bersedia


Friday, June 19, 2015

Lori Sewa



Thinking to moving out from your house/office/factory/ and so on?

Call us to move it. We arrange all.
-Lorry with driver
-Manpower
-Packing all your item

We can provide
1 X 1 tan lorry
1 X 3 tan lorry
1 X 5 tan lorry
1 X 8 tan lorry


Just call and we will give our quotation
019-333 7620- call
017-210 3602 - whatApps/SMS
 
 

Langkah yang perlu bila berpindah




Senaraikan barang-barang yang besar untuk memilih lori yang bersuaian dan telus dalam memberi info barang. Contoh jika ada 400 kotak, katakan 400 kotak bukan 40 kotak jadi kos takkan bertambah berlipat kali ganda. 


Sediakan masa yang mencukupi untuk bungkus barang dan berpindah. Tidak semua pemindahan boleh diselesaikan dalam masa 1/2 hari.

Sediakan kotak, selotape, bubble wrap untuk barang-barang kecil. Untuk memudahkan proses pengagihan barang apa kata tulis kotak tersebut untuk dimana dan dimana.

Packing/bungkus barang-barang yang mudah pecah dengan sempurna

Paling penting lantik ejen pemindahan/lori yang boleh dipercayai

Manpower/pekerja tukang angkat barang sangat penting bila berpindah. Kalau dua orang dibayar untuk memindahkan barang dalam satu banglo boleh menyebabkan pekerja cepat penat dan mungkin angkat kaki.

 

Kami menawarkan
1) Perkhidmatan Lori (Pengangkutan dan pemindahan)
1 X 1 tan
1 X 3 tan
1 X 8 tan



Dari Kuala Lumpur ke kawasan/negeri lain

2) Pembungkusan barang pindah
Sebutharga akan diberi selepas melihat barang

3) Pekerja Am

4) Menjual kotak, bubble wrap, plastik wrapper dan sebagainya untuk pemindahan.
Kos penghantaran akan dicharge mengikut kawasan



019-333 7620-Shahaizat (call/SMS/WhatApps)

+6017-210 3602 - Izza (SMS/whatApps)

Sesiapa yang memerlukan sebutharga untuk perkhidmatan kami, bolehlah menghubungi kami

Saturday, April 4, 2015

Tertipu, Ditipu dan Menipu

Maaf tajuk agak gah. Tapi saya ingin berkongsi sedikit tentang hebatnya dugaan dunia lori ni.


pic kredit to mr google


Kami mula bertapak dunia lori dan pemindahan barang sejak 30 tahun lepas. Semasa tu lori belum banyak bertapak seperti sekarang. Sekarang bagaikan cendawan muncul selepas hujan. Pelbagai kerenah pelanggan dan birokrasi kami alami. Antaranya:

Sewa pemindahan ketika bulan puasa. Management kondo tempat penyewa menginap menetapkan yang penyewa perlu meletakkan deposit pemindahan barang. Penyewa lori tidak tahu katanya (tahu tapi pura-pura tidak tahu). Beliau meminta  pemandu lori (tidak berpengalaman) meletakkan deposit. Pemandu itu meletakkan deposit kerana mahu melicinkan pemindahan. Kerja selesai malangnya masa menerima wang, penyewa katakan tiada duit. Minta berhutang. Namun sampai sekarang belum diterima sebarang pembayaran.   

Pemindahan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Tidak mahu pekerja kerana penyewa boleh menurunkan barang (rumahnya tingkat 4). Mahukan lori 1 tan. Yang ada dirumah hanyalah ibu tua yang sakit jantung. Disebabkan menunggu terlalu lama maka pemandu lori menurunkan perlahan-lahan barangnya dengan harapan penyewa akan memunculkan diri. Malangnya barang sudah diturunkan barulah penyewa muncul. Beliau mengikut sekali dengan lori. Minyak dan tol ditanggung olehnya. Malang sekali lagi di Pulau Pinang juga menghilangkan diri semula dengan alasan mahu mengeluarkan wang. Barang siap diangkat ke rumahnya ditingkat 3 beliau tidak muncul. Akhirnya driver-driver (ada lori 3 tan juga dipanggil) pulang dengan tangan kosong. Sampai sekarang hutang masih belum dijelaskan
Pemindahan barang dan motorsikal ke Kota Bharu. Dalam hal ini kami akui kecuaian kami apabila motorsikal penyewa tidak boleh dibawa sekali dalam proses berpindah. Admin terlupa meminta salinan geran motorsikal penyewa. Andai kami membawa motorsikal itu kami akan dihukum membawa motorsikal curi. Oleh itu kecuaian admin itu dijadikan pengajaran dilain hari. Maaf kepada penyewa kerana kecuaian ini.

Seandainya ingin berpindah, apa kata senaraikan dengan telus barang-barang besar yang akan dipindahkan. Contoh ada 30 kotak besar kotak pampers, partition, meja mesyuarat, peti ais, meja-meja pejabat dan lain-lain. Seringkali kata-kata
'dik, barang sikit je. Muat lori 1 tan' Kotak-kotak kecil ada 10, 2 buah meja dan satu almari 1 pintu .
Ok deal harganya sebanyak ini termasuk pekerja. Tapi bila sampai barangnya melebihi 3 tan atau 5 tan. Mana tak kami charge lebih. Konsep charge lebih disini ialah trip lori. Berapa kali lori tu bergerak. Kalau lima kali trip? Kena darab la sendiri ya.
  
Sewa tak jadi. Ini seringkali terjadi. Sebab itulah saya kurang mengambil barang pindah dari luar Kuala Lumpur ke Kuala Lumpur. Sedang elok pemandu lori bertolak ke tempat pemindahan (contoh di Johor Bharu). Lori sudah sampai di Melaka, sewa tak jadi. Akhirnya pemandu pulang dengan tangan kosong. Dalam hal ni, kos minyak, tol dan gaji pekerja juga perlu diambil kira. 

Tujuan post ini bukanlah mahu mengutuk pelanggan-pelanggan semua tapi ingin meminta belas kasihan penyewa dan bakal penyewa kami agar tidak melakukan perkara seperti diatas. Gaji pekerja dan tol perlu dibayar, minyak perlu diisi dan penyelengaraan lori juga perlu dibuat setiap bulan. Kami bekerja ikhlas dan percayakan pelanggan kami dan kami harap anda pun sama ikhlas dan percayakan perkhidmatan kami


Untuk yang berminat menggunakan perkhidmatan kami

017-2103602 Izza
(Call/SMS/WhatApps)

019-3337620 Izat
(Call/SMS/WhatApps) 

Email
izza_dude06@yahoo.com untuk sebarang sebutharga